Tuesday, March 29, 2011

Sakit tulang keting (shin splints??)

Sepanjang saya menjadi instruktur secara professional, dah bermacam-macam keajaiban yang dapat saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, individu-individu yang pulih secara semulajadi melalui terapi senaman. Masalahnya pelbagai dari pesakit lelah kepada individu yang sihat, masalah berat badan menjadi slim macam kerengga(yang ni paling banyak), dan beberapa lagi.
Pengalaman yang paling membuatkan saya mencintai kerjaya saya ialah apabila seorang uncle(berbangsa cina), setelah dinasihatkan oleh doktornya untuk bersenam, datang ke gym tempat saya berkerja secara tetap dahulu.(sekarangpun masih mengajar di gym tersebut secara freelance). Uncle tersebut telah mengalami 2 kali strok, ada darah tinggi dan kencing manis. Saya masih ingat bila pertama kali beliau menjejak kakinya ke gym dari tmpt letak keretanya, beliau mengambil masa hampir 20 minit untuk berjalan walaupun jaraknya cuma lebih kurang 50 meter. Beliau sendiri yang berdegil untuk tidak mengguna kerusi roda. Keluarganya terpaksa bantu memapah beliau. Sampai di gym saya mencadangkan beliau bermula dengan 'upright bicycle' disebabkan itu yang lebih sesuai dan selamat. Saya sendiri yang mengangkat kakinya dan meletak di atas pedal sebab uncle tersebut tak mampu nak angkat kakinya sendiri.
Tetapi itu cerita dulu. Sekarang beliau datang dengan memandu vannya sendiri, berjalan laju ke gym, berbasikal tanpa memerlukan pertolongan saya, dan kadang-kadang mengusik nakal kepada saya dengan mengatakan bertapa beruntungnya saya dapat mengajar amoi-amoi setiap pagi.(sebenarnya bukan amoi, tapi nyonya-nyonya, hehehe... tapi semua slim-slim woooo...)
Suatu pagi selepas mengajar kickbox di gym yang lain baru-baru ini, saya didatangi member gym tersebut(seorang kakak berbangsa Melayu) bertanya bagaimana nak menghilangkan sakit tulang ketingnya yang bengkak di tengah-tengah. Secara jujurnya saya terpinga-pinga juga sebab pertama kalinya berjumpa masalah sebegitu. Jadinya, saya terpaksa mengaku saya tidak tahu tanpa berjanji apa-apapun untuk mencari jawapannya sebab saya takut saya tak jumpa jawapannya. Masa berlalu. Dengan izin Allah s.w.t, sementara saya menunggu kelas saya bermula di gym yg lain, saya terbaca majalah Men's Health keluaran India(entah siapa derma buku tuh kat Malaysia), kebetulan ada artikel mengenai sakit tulang keting. Kata artikel itu, kemungkinan disebabkan berlaku muscle imbalance oleh otot betis(samada gestrocnemius atau soleus muscle) terlampau kuat daripada otot hadapan(anterior compartment-tibialis anterior, extensor digitorum longus, fibularis tertius, extensor hallucis longus) yang terletak betul-betul sebelah tulang keting.
Jadi saya mendapat idea "perskripsi" terapi senaman yang boleh saya cadangkan kepada kakak tersebut. Saya mengesyorkan kepada kakak itu senanam dorsiflexion(iaitu kita dalam keadaan duduk, angkat bahagian depan jari kaki dengan tumit tetap mencecah ketanah) dan juga jalan menggunakan tumit.
Saya minta kerjasama kakak tersebut untuk membuat dorsiflexion itu sebanyak 40 reps untuk 3 sets setiap hari dalam masa seminggu. Sebenarnya kakak itu saya jadikan guinea pig untuk kajian saya samada berkesan atau tidak cara tersebut.
Tidak sampai seminggu, dengan muka berseri-seri kakak itu memberitahu sakit tulang ketingnya dah pulih seratus-peratus. Saya mendapat tahu beliau sebenarnya telah menanggung kesakitan itu lebih dari sebulan. Kebetulan pula, ada member lain bersama. Diapun bercerita diapun pernah mengalami sakit yang sama sampai terpaksa jumpa doktor dan ambil ubat penahan sakit sebab memang tak tertanggung sakitnya.
Saya rasa kemungkinan ramai diluar sana mengalami masalah yang sama terutama yang baru bermula untuk berjinak-jinak untuk bersenam semula.