Tuesday, March 29, 2011

Sakit tulang keting (shin splints??)

Sepanjang saya menjadi instruktur secara professional, dah bermacam-macam keajaiban yang dapat saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, individu-individu yang pulih secara semulajadi melalui terapi senaman. Masalahnya pelbagai dari pesakit lelah kepada individu yang sihat, masalah berat badan menjadi slim macam kerengga(yang ni paling banyak), dan beberapa lagi.
Pengalaman yang paling membuatkan saya mencintai kerjaya saya ialah apabila seorang uncle(berbangsa cina), setelah dinasihatkan oleh doktornya untuk bersenam, datang ke gym tempat saya berkerja secara tetap dahulu.(sekarangpun masih mengajar di gym tersebut secara freelance). Uncle tersebut telah mengalami 2 kali strok, ada darah tinggi dan kencing manis. Saya masih ingat bila pertama kali beliau menjejak kakinya ke gym dari tmpt letak keretanya, beliau mengambil masa hampir 20 minit untuk berjalan walaupun jaraknya cuma lebih kurang 50 meter. Beliau sendiri yang berdegil untuk tidak mengguna kerusi roda. Keluarganya terpaksa bantu memapah beliau. Sampai di gym saya mencadangkan beliau bermula dengan 'upright bicycle' disebabkan itu yang lebih sesuai dan selamat. Saya sendiri yang mengangkat kakinya dan meletak di atas pedal sebab uncle tersebut tak mampu nak angkat kakinya sendiri.
Tetapi itu cerita dulu. Sekarang beliau datang dengan memandu vannya sendiri, berjalan laju ke gym, berbasikal tanpa memerlukan pertolongan saya, dan kadang-kadang mengusik nakal kepada saya dengan mengatakan bertapa beruntungnya saya dapat mengajar amoi-amoi setiap pagi.(sebenarnya bukan amoi, tapi nyonya-nyonya, hehehe... tapi semua slim-slim woooo...)
Suatu pagi selepas mengajar kickbox di gym yang lain baru-baru ini, saya didatangi member gym tersebut(seorang kakak berbangsa Melayu) bertanya bagaimana nak menghilangkan sakit tulang ketingnya yang bengkak di tengah-tengah. Secara jujurnya saya terpinga-pinga juga sebab pertama kalinya berjumpa masalah sebegitu. Jadinya, saya terpaksa mengaku saya tidak tahu tanpa berjanji apa-apapun untuk mencari jawapannya sebab saya takut saya tak jumpa jawapannya. Masa berlalu. Dengan izin Allah s.w.t, sementara saya menunggu kelas saya bermula di gym yg lain, saya terbaca majalah Men's Health keluaran India(entah siapa derma buku tuh kat Malaysia), kebetulan ada artikel mengenai sakit tulang keting. Kata artikel itu, kemungkinan disebabkan berlaku muscle imbalance oleh otot betis(samada gestrocnemius atau soleus muscle) terlampau kuat daripada otot hadapan(anterior compartment-tibialis anterior, extensor digitorum longus, fibularis tertius, extensor hallucis longus) yang terletak betul-betul sebelah tulang keting.
Jadi saya mendapat idea "perskripsi" terapi senaman yang boleh saya cadangkan kepada kakak tersebut. Saya mengesyorkan kepada kakak itu senanam dorsiflexion(iaitu kita dalam keadaan duduk, angkat bahagian depan jari kaki dengan tumit tetap mencecah ketanah) dan juga jalan menggunakan tumit.
Saya minta kerjasama kakak tersebut untuk membuat dorsiflexion itu sebanyak 40 reps untuk 3 sets setiap hari dalam masa seminggu. Sebenarnya kakak itu saya jadikan guinea pig untuk kajian saya samada berkesan atau tidak cara tersebut.
Tidak sampai seminggu, dengan muka berseri-seri kakak itu memberitahu sakit tulang ketingnya dah pulih seratus-peratus. Saya mendapat tahu beliau sebenarnya telah menanggung kesakitan itu lebih dari sebulan. Kebetulan pula, ada member lain bersama. Diapun bercerita diapun pernah mengalami sakit yang sama sampai terpaksa jumpa doktor dan ambil ubat penahan sakit sebab memang tak tertanggung sakitnya.
Saya rasa kemungkinan ramai diluar sana mengalami masalah yang sama terutama yang baru bermula untuk berjinak-jinak untuk bersenam semula.

27 comments:

rusdi said...

i sakit belakang cam ner nak wat ye tuan?...hehhehe

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

Sakit belakang ni banyak penyebabnya bro. Kena kenalpasti puncanya baru senang buat rawatan terapi. Paling bijak jumpa doktor untuk diagnos. Tapi aku ingat aku tau apa punca ko sakit. Cuma takleh cerita kat sini. Kang orang yang ada masalah sakit belakang baca kang, dia ikut je tanpa usul periksa. Nak kalu, kita jumpa la. Macam biasa la pengeras mau ada. Paling kurangpun kentaki la, huehuehue

Unknown said...

wei .. Dollah ... many of our old friends on facebook .. check it dude ..! 2box@inbox.com
Sani .. penang ... See you there ...

AqeaM said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bro, seperti yang bro nyatakan "kemungkinan disebabkan berlaku muscle imbalance oleh otot betis(samada gestrocnemius atau soleus muscle) terlampau kuat daripada otot hadapan(anterior compartment-tibialis anterior, extensor digitorum longus, fibularis tertius, extensor hallucis longus) yang terletak betul-betul sebelah tulang keting." Boleh Bro bagi gambarajah tak..

AqeaM said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bro, seperti yang bro nyatakan "kemungkinan disebabkan berlaku muscle imbalance oleh otot betis(samada gestrocnemius atau soleus muscle) terlampau kuat daripada otot hadapan(anterior compartment-tibialis anterior, extensor digitorum longus, fibularis tertius, extensor hallucis longus) yang terletak betul-betul sebelah tulang keting." Boleh Bro bagi gambarajah tak..

AqeaM said...

http://o.quizlet.com/x9ssEnRUYJJJQNAK5HmwyQ_m.png saya tak boleh nak letak gambar kat sini..bagi link je lah..saya sakit kuat pada sector B...asal jogging jer memang sakit..ader tak idea achaner nak buat senaman untuk pulihkan sakit pada sector nie..

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

Bro AqeaM. Kalau betul la sakit tang situ, saya rasa memang masalah shin splint tu. So cuba buat seperti apa yg saya post tuh.
Maksud compartment depan ialah sector A,C&D. So, otot compartment situ lemah, sebab itu otot betis yg kuat tertarik tulang keting sampai terbengkok sedikit. Itu yg sakit tuh. Cuba buat dorsiflexion macam saya cadang tu ya bro. Semoga berjaya!!

Unknown said...

Salam bro, sy mengalami kadaan yg sma, maksud duduk tu (mencangkung ke?) mcm jln itik?? Tq.

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

Wa'alaikummussalam Zulaikha,

Maksud saya duduk tu ialah duduk atas kerusi macam kita duduk tengok tv sambil angkat tapak kaki tetapi tumit tetap sentuh lantai. Paham tak maksud saya? bila kita buat senaman tu, otot bahagian depan sebelah tulang keting tu akan bekerja. Kalau masih tak paham sila bagitau ye. Terima kasih.

Unknown said...

Ya faham. Terima kasih.

Unknown said...

WOW!!.. memang berkesan.. saya baru cuba 1 set 40 reps.. dah rasa hilang sikit... terima kasih bro atas nasihat yang amat berguna..

Unknown said...

Assalamualaikum

Kebelakangan ni lepas jog atau lari, mesti sakit tulang betis di bhg depan, tengah2 antara lutut dgn metatarsal. Apa punca masalah ni?

Unknown said...

Assalamualaikum

Kebelakangan ni lepas jog atau lari, mesti sakit tulang betis di bhg depan, tengah2 antara lutut dgn metatarsal. Apa punca masalah ni?

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

Wa'alaikumsalam Baiti Basheer.

itu la dinamakan shin splints. Cuba buat seperti mana saya cadangkan atau jalan atas tumit. Jalan sampai lega sakit tuh.

Syed.

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

Samsul Maarof.. kena kerap buat bro sampai la otot bahagian depan sama kuat dengan otot betis. Insyallah, dengan izin Allah boleh kurang banyak. :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya mengesyorkan kepada kakak itu senanam dorsiflexion(iaitu kita dalam keadaan duduk, angkat bahagian depan jari kaki dengan tumit tetap mencecah ketanah) dan juga jalan menggunakan tumit.

Sebenarnya, saya tak berapa tangkap mcm mana nak buat yang ini....boleg beri gambaran ??

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

http://www.eatrunrehabilitate.com/2013/03/ankle-dorsiflexion-what-why-and-how.html

Tengku Khairul Bariyah Tengku Kamrul, cuba copy paste link tu. ada penerangan apa itu dorsiflexion. Terima kasih.

princessLoLlipOp said...

40 reps tu cmne?

Syed Abdullah Al-Sahab bin Syed Alwi said...

40 repetition atau 40 ulangan. 40 kali.

Syed said...

Salam..sy masih lagi kurang jelas.. Sekrang sy tgh alami mnde ni..boleh terangkan pada sy dgn lebih mudah tak?

Syed said...

Salam..sy masih lagi kurang jelas.. Sekrang sy tgh alami mnde ni..boleh terangkan pada sy dgn lebih mudah tak?

ida said...

you all boleh try tukar kasut, meant kasut mesti lembut di permukaan kasut dan tinggi sikit. cubalah dan anda akan rasa perbezaan sebelum anda menukar cara pemakaian kasut yg betul. Insyaallah kaki anda akan rasa selesa dan sakit hilang dgn masa yg singkat.

Unknown said...

salam saya juga alami masalah sama sakit shin splints..adakah disebabkan oleh sakit urat atau urat dikaki masuk angin..boleh explain tak..terima kasih..

suka kongsi said...

Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻

3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
- Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
- Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
- Masalah Keputihan
- Darah Tinggi
- Buah Pinggang

5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

-Sy share mlalui
pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
~~~~
▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
~~~~
Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

suka kongsi said...

Note:
SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
• Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
• mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
• mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

SUMBER KALSIUM
• Menambah kalsium pada tulang
• Menguatkan semula tulang

KENCING MANIS
• Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

• Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
• Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

•Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
• Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

• Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
-Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

Order: CALL,WhatsApp @
Encik Mohd Zuhairi -
017468 7570

#sharepadayangmemerlukan


Unknown said...

Terjumpa blog ni sbb dua2 kaki sy.. tulang keting lebam.. sepanjang tulang tu lebam2. Sakit gilerr.. Terima kasih ya