Wednesday, May 18, 2011

SIX PAK (enam ketui)

Kerapkali juga kebanyakkan mana-mana lelaki apabila tau sahaja saya bekerja sebagai Instruktur Kecergasan a.k.a pakar mempeluhkan masyarakat(huhu), mereka mula menggosok-gosokkan perut sambil bertanya senaman-senaman atau petua-petua yang boleh mengempiskan perut. Walaupun banyak petua-petua yang dicadangkan oleh pakar-pakar dalam majalah fitness contohnya seperti minum air banyak atau makan sarapan berprotein seperti telur etc etc, biasanya saya mencadangkan 4 perkara berikut:

1) Buat senaman kardio sebab hanya kardio mampu membakar lemak di keliling pingggang. Walaupun kita buat crunches 1000x pun, perut tetap akan kelihatan buncit sehinggalah kita rangkumkan dengan senaman kardio. contoh kardio adalah seperti berjogging, berbasikal, berenang dan apa-apa sahaja aktiviti yang mampu meningkatkan kadar degupan jantung. Saya cadangkan senaman-senaman tersebut di atas di buat dengan teknik jeda(interval)sebab saya percaya ia lebih baik daripada kita lakukan secara aerobik biasa.

2) Juga jangan lupa 'compound exercise' untuk mengguatkan otot-otot teras(core muscle). Otot core ialah otot yang terletak ditengah-tengah tubuh kita dan menyokong badan kita supaya kita boleh imbangkan(balance) tubuh badan. Apabila core dah kuat, barulah senang nak bentuk otot-otot perut seperti rectus abdominis(otot 6 ketul)serta internal dan external oblique( otot sisi perut). Contoh compound exercise ialah seperti squat, bench presses, lunges, death lift, bend over row atau apa-apa senaman yang melibatkan pergerakkan 2 sendi dan kumpulan-kumpulan otot besar dan kecil.

3) Senaman spesifik untuk perut seperti crunches, hanging leg raises, reverse crunches dan sebagainya. Yang ni saya percaya kebanyakkan dari kita mengetahuinya.

4) Dan yang akhir sekali - pemakanan. ENERGY BALANCE - iaitu kalori masuk kenalah kurang daripada kalori keluar. kalau buat ketiga-tiga perkara di atas tetapi tak kontrol apa yang kita makan, harapan untuk kelihatan seksi bila bergambar hanya boleh dijayakan dengan menarik nafas dalam-dalam sambil tarik perut ke dalam. Selepas kamera di klikkan, nafas di hembus dan kedudukan perut kembali seperti sediakala.

No comments: